Tuesday, 19 April 2016

adakah benar tindakan aku ni?

persoalan yang masih berlegar di ruangan kepalaku, apakah benar tindakan itu.
saya punya seorang kawan yang kini dilanda kegelisahan dalam percintaan. ceritanya bermula begini.
fara(bukan nama sebenar) jatuh cinta pandang pertama dengan seorang jejaka berbangsa cina. cinta bertaut kala pertama kali terpandang wajah jejaka tersebut yang pertama kali menjejakkan kaki sertai company Fara. Fara yang sebelum ni memang sangat-sangat anti dengan kaum chinese akhirnya terjerat dengan kata-kata dia sendiri. Perasaan dipendam enggan diluah. Perasaan cinta rahsia tu hanya diketahui oleh beberapa orang teman rapat termasuklah saya. 

Agak lama juga Fara memendam perasaan cinta hingga la Fara keluar dari company tersebut hanya kerana perselisihan faham dengan in charge person di department dia bekerja. Dek kerana tak tahan, Fara berhenti walau hati terasa berat. Namun, Fara tetap dengan perasaan sayang dan cinta pada jejaka cina tu. Cinta Fara tak pernah goyah. Entah kenapa Fara rasa sangat susah nak delete perasaan tu dari kotak pemikiran dia. 

Suatu hari, Fara nekad untuk lupakan jejaka tu. Hasrat tu dia suarakan pada saya namun saya minta dia fikir sedalam dalamnya. Pada Allah saya minta Fara panjatkan doa memohon hajat. 
Saya minta dia melakukan solat hajat...isi kandungan doanya mestila mengikut suara hati. Jangan ditanya pada insan lain apa yang perlu dibicara dihadapan Allah nanti.

Keesokan harinya Fara datang bertemu saya. Saya lihat matanya bengkak kesan menangis semalaman. Fara explain, Fara dah ikut apa yang awak suruh. Tapi, masa Fara angkat tangan untuk berdoa, tiba-tiba saja air mata Fara mengalir. Mengalir dengan sangat laju seperti lajunya air hujan yang lebat. Masyallah.....saya minta Fara untuk bersabar dan teruskan solat hajat setiap malam. Alhamdulillah, Fara akur. Selepas beberapa minggu, Fara ada menyatakan rasa bingung dalam jiwa. Kata Fara, dia terasa semakin sayang pada jejaka cina tu. Persoalannya, kenapa jejaka tu dirasakan semakin menjauh???

Saya tanyakan apa tindakan Fara. Dek kerana tak tahan menanggung rindu, Fara nekad untuk hilangkan jejaka tu dari hidup Fara. Fara delete semua gambar jejaka tu yang selama ini Fara simpan dalam phone Fara dan block akaun fb jejaka itu. Tujuannya adalah untuk memastikan yang Fara tak lagi cuba untuk menjengah keruangan privasi jejaka itu. 

Semalam saya ada bertemu Fara, bertanyakan soal hati padanya. Kata Fara,walaupun sudah dia buang, sudah dia padam, tapi perasaan sayang tu tetap ada. Pada Fara saya nasihatkan, mungkin Allah berkehendakkan begitu, ada sebabnya. Mungkin masa Fara terlalu teringatkan jejaka tu, dia lupakan Allah. Allah jauhkan sekejap Fara dari dia tp perasaan sayang dan cinta masih Allah kurniakan. Mungkin benar mereka ada jodohnya. Mungkin benar Allah sudah catatkan segalanya di Loh Mahfuz sejak dari usia mereka 4 bulan kandungan lagi. Tp mungkin Allah mahukan cinta yang lahir dari diri mereka berdua dibina hanya kerana Allah kerana bukan mudah untuk membimbing seseorang mualaf. Silap langkah mungkin kita terjunam ke dalam api neraka. 

Sepertimana yang telah saya pelajari, apa yang terjadi pada Fara, dapat saya simpulkan. Allah menerima doa Fara, Allah memakbulkan doa Fara kerana tanda-tanda doa dikabulkan ada pada Fara tapi tidak dia sedari. Perkara ini tidak pernah saya beritahu pada Fara. Saya mahu dia berfikir sendiri. 

Pada saya, biarlah Allah menentukan segala galanya. Kita sebagai hamba hanya mampu berdoa dan berusaha. Ada sesuatu yang Allah mahu sediakan untuk Fara. Semua dah ada dalam perancangan Allah. Kita tunggu saja. 

Cerita Fara masih belum berpenghujung. Akan saya ceritakan lagi lain kali. Terima kasih atas kesudian anda singgah di ruangan Blog....ada rezki, ada jodoh, kita bertemu. 

assalamualaikum

Sunday, 3 April 2016

RINDU DAN CINTA SATU KURNIAAN MULIA DARI ALLAH

kalau disebut tentang cinta dan rindu, saya yakin pasti ramai yg akan suka, yg x suka tu mybe becoz of different story....x pe dik, akak faham sgt2 sbb akak pn pernah berada dalam situasi adik2.
sebenarnya, macam2 jenis cinta dah biasa saya jumpa. cintakan duit, cinta nafsu, cinta bermusim, cinta serkap jarang, cinta muka buku dan bermacam lagi. tp yg pasti, cinta kerana Allah adalah yang paling suci dan mulia kerana setiap perkara yg dilakukan bersama akan berlandaskan syarak....
disini, saya nk kongsikan sedikit mengenai hidup saya yang mencintai sijejaka dalam diam. sungguh menyakitkan....sgt sakit bila dtgnya perasaan rindu... 
ceritanya bermula dimalam Dinner anjuran company lama pada december 2014. Tarikhnya dan tempat biarlah saya rahsiakan dulu. Majlis berjalan seperti biasa, ada ucapan, ada nyanyian...semua orang bergembira. Tapi saya biasa2 sj sbb pd sy, tak ada apa yang saya nak raikan. cukup hnya datang dan tampilkan wajah. saya langsung tak berganjak dari tempat duduk saya sebab tak berapa mengenali hadirin yang datang. saya duduk sorang2, walaupun ada member kat sebelah, dia layan phone dia sj. saya malas nk kacau dia, biarlah dia dgn life dia.
diakhir majlis, biasa la. Pertandingan Best Dress yg sememangnya jadi rutin yang wajib setiap kali ada majlis seperti ni. 3 orang lelaki dan 3 orang wanita jelita dipanggil naik ke atas. Pakaian diorang memg vogue, utk org seperti saya memg x akan dipanggil kerana berpakaian biasa sj. 
Dalam kepala, memg bosan. Nak balik sgt2, tp tetiba ternampak satu wajah kt atas pentas, wajah yg dah tarik perhatian saya. Wajah yg selama ni sy x pernah jumpa...ibarat macam terkena panahan kilat, terus jatuh hati pada pandangan pertama....dalam hati ada bicara "melayukah????"
orangnya segak lengkap dengan kot, kulitnya agak sawo matang berbanding yg disebelahnya. Orangnya tinggi...wajah persis ketua gangster....tapi, itu yg bisa menarik perhatian saya....dari merasakan majlis hambar terus terasa lain....
Semenjak dari hari tu, perasaan sayang,cinta dan rindu terus terpahat hingga ke hari ini. Dah berkali cuba dibuang, tapi gagal...Walau x pernah diungkap, tak pernah diluah, perasaan ini semakin hari semakin bertambah....semakin saya tengok dia, semakin sayang....
setiap hari saya rindukan dia tp x pernah diluahkan...diam2 sj. Dan dia????ya...x pernah tahu akan perasaan saya pada dia...saya x mahu berfikiran negatif. sekiranya ada jodoh kami, maka ada la....kalau x, saya redha saja...
dia seorang lelaki yg sempurna dimata saya...x ada cacat celanya. Tiada lelaki yang dpt saya bandingkan dengan dia...seorang lelaki yg berjaya, bergaya dan kacak...
Pernah saya terbaca satu artikel di FB,,
"jikalau Allah dah tetapkan jodoh, Allah akan menggerakkan hati kedua duanya, bukan hanya seorang."
Saya percayakn semua tu...